Menghayati Kalimat Mu'minin 10: Surah Al Imran 68
Sesungguhnya
orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak
mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi
(Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam).
Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian
orang-orang yang beriman. (3:68)
Asbabun Nuzul
Imam
Jalaluddin As Sayuti dalam suatu riwayat menyatakan bahawa terdapat
Nasrani Najran dan paderi kaum Yahudi berkumpul dan membuat
perbincangan di hadapan Rasullullah saw. Berkata paderi Yahudi
bahawa “Sesungguhnya Ibrahim itu Yahudi”. Nasara pula mendakwa bahawa
“Ibrahim itu adalah Nasara” Turun ayat ini mengkisahkan hal yang
berkaitan dengan Nabi Ibrahim.
Gambaran ayat
Sekali
lagi Allah mengaitkan wali bagi orang yang beriman itu tidak lain
hanya Allah. Orang yang berhak mendapat keamanan adalah manusia yang
menjadikan Allah sebagai Pelindung (waliy)nya. Apabila manusia
menjadikan Allah sebagai Pelindungnya maka berhaklah ia mendapat
keamanan.
TAFSIRAN
Perbincangan 1
1. Dalam
potongan ayat ini Allah siap memaklumkan kepada Yahudi dan Nasrani
bahawa yang selayaknya dan yang paling dekat dengan Nabi Ibrahim ialah
orang yang mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Nabi
Ibrahim bukan milik Yahudi atau bukan juga milik Nasrani. Nabi
Ibrahim adalah pembawa agama hanif iaitu agama yang tunduk dan patuh kepada petintah Allah.
2. Al-Maraghi
dalam tafsirnya menyatakan bahawa orang yang selayaknya berbai’at
dengan Nabi Ibrahim adalah pengikutnya yang mengikuti ajarannya di masa
beliau. Kemudian mereka mengesakan Allah lagi ikhlas terhadapNya
dalam beragama. Golongan ini adalah hunafa’.
3. Dari
awal lagi Islam telah meletakkan suatu ketetapan bahawa ia adalah
agama sejagat. Bukan milik mana-mana bangsa. Perutusan para Rasul
oleh Allah adalah untuk rahmat seluruh alam. Penegasan ini dibuat
oleh Allah
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (21:107)
4. Adalah
suatu kesalahan dalam pemikiran bangsa Melayu bahawa agama Islam
adalah miliknya. Istilah pemelukan agama Islam tidak berlaku. Yang
berlaku ialah masuk Melayu. Justeru amalan yang ada ialah sekiranya
orang India masuk Islam dipanggil dalam masyarakat Melayu Indian
Muslim. Kalau orang cina masuk Islam pula dipanggil Cina Muallaf.
Kenapa tidak Cina Muslim? Maka berdasarkan suasana ini orang India
takut masuk Islam sebab dikatakan masuk Melayu maka kekallah dengan
gelaran Indian Muslim. Begitu juga cina yang baru memeluk agama Islam
tidak mahu dikaitkan dengan Melayu maka kekallah dengan gelaran cina
muallaf. Lihatlah betapa bangsa Melayu menyempitkan keluasan Islam?
Pemimpin-pemimpin
sekular hari ini terus menyempitkan Islam hanya eksklusif untuk
bangsa Melayu.sahaja. Sehingga ada di kalangan mereka mengatakan
bahawa Allah hanya untuk orang Melayu sahaja. Pada ketika mereka mahu
mempertahankan perkataan Allah, berlaku penyakit kronisme. Sekiranya
orang cina atau orang India masuk Islam maka siapakah Tuhan mereka?
Marilah diperbetulkan pemikiran ini. Allah bersifat dengan sifat
kesejagatan. Allah Berfirman dalam Al-Qur’an surah Fatihah ayat 2
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (1:2)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia,(2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
Maka
agama yang diredai Allah juga mestilah bersifat alamiyyah. Nabi
Ibrahim adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan juga dengan sifat
kesejagatan. Walaupun Nabi Ibrahim itu datang dari satu bangsa dan
rumpun manusia, namun disisi Allah langsung tidak diiktiraf bangsanya
kecuali yang mengikuti agama yang dibawanya.
5. Begitu
juga dalam potongan ayat ini Allah menegaskan bahawa orang yang
bersama dengan Nabi Muhammad saw itu ialah yang mengamalkan syariat
yang dibawa Nabi Muhammad saw. Mereka adalah golongan orang yang
beriman merentas segala sempadan geografi dan batasan waktu sejarah
sehingga hari Qiyamat. Potongan ayat ini menegaskan terdapat 2 ciri
manusia yang mendapatkan keamanan iaitu Allah menjadi waliynya dan
mengamalkan syariat yang di bawa Nabi Muhammad saw. Sekadar suatu
muhasabah
- Bagaimana mereka yang menolak agama? Apakah mereka juga layak mendapat perlindungan daripada Allah di dunia dan akhirat?
- Bagaimanakah orang yang mengakui beriman kepada Allah namun hanya memilih amalan agama yang disukainya sahaja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Beliau menolak amalan politik Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw, menolak pemerintahan Nabi Muhammad saw selama 10 tahun di Madinah?
- Bagaimanakah orang yang mengakui beriman kepada Allah tetapi menyokong mungkar, menyokong pemimpin yang tidak amanah, menyokong pemimpin yang jelas menentng Al-Qur’an seperti isteri yang tidak bertudung?
- Bagaimanakah orang yang mengakui beriman kepada Allah tetapi menyokong parti yang mendokong kezaliman dan menentang hukum Allah?
6. Nabi
dan Rasul tiada ikatan dengan bangsa. Rasul adalah utusan kepada
seluruh umat manusia. Apa lagi dengan Nabi Muhammad saw yang diutus
kepada seluruh manusia hingga ke Hari Qiyamat. Yang dinilai Allah
ialah ketaqwaan berdasarkan kepada syariat yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad saw. Allah berfirman dalam surah al-fath ayat 29
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (48:29)
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (48:29)
7. Dalam
potongan ayat ini Allah sekali lagi mengikat mereka yang beriman
bahawa yang berhak menjadi pelindung kepada manusia tidak lain hanya
Allah sahaja. Hanya Allah sahaja yang layak memberi perlindungan
kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Mana-mana manusia yang berserah
diri kepada Allah dengan mengikut segala yang diperintahNya maka Allah
adalah menjadi Pelindung kepadanya.
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung
yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada
Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (9:51)
Beberapa orang telah mengatakan kepada mereka “Sesungguhnya orang banyak telah mengumpulkan kekuatan untuk melawan kamu sebab itu takutlah mereka!” Tetapi ucapan itu menambah keimanan mereka dan menjawab “Cukup Allah menjadi Pelindung kami dan Pelindung yang sebaik-baiknya.(3:173)
Mereka
kembali dan memperoleh kurnia dan pemberian Allah tidak disinggung
kesukaran dan menerima pula keredhaan Allah. Dan ingatlah bahawa
Allah memiliki limpah kurnia yang amat besar (3:174)
8. Ada manusia melindung diri dengan ilmu kebal namun tiada kekebalan dalam pada ketika berhadapan dengan malaikat Izrail pencabut nyawa. Ada manusia yang berlindung dengan jin, pelesit dan hantu jembalang namun tiada kekebalan untuk merubah takdir Allah. Ada manusia yang menjadikan wang sebagai pelindungnya. Dengan wang segala-galanya boleh dilakukan. Namun tiada kekebalan dalam hal tulisan amalan-amalannya oleh malaikat rakib (penulis amalan kebaikan) dan ‘atid (penulis amalan kejahatan). Malaikat bertugas mengikut perintah Allah dan tidak boleh dirasuahkan.
9. Al-Qur’an dengan jelas menyatakan bahawa keamanan itu hanya akan diperolehi dari Maha Pelindung. Perkataan waliy juga cukup banyak difirmankan Allah di dalam Al-Qur’an. Perkataan waliyyin dan waliyyun difirmankan Allah pada 20 ayat di dalam Al-Qur’an. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa orang yang beriman yang berhak mendapat keamanan. Maka tidak selayaknya orang yang beriman itu mencari pelindung yang selain Allah.
10. Dunia ini bukanlah segala-galanya. Ada hajat manusia yang dikabul Allah di dunia. Ada pula hajat manusia yang dikabul Allah diakhirat. Ada penganiayaan manusia keatas manusia yang dibalas Allah di dunia dan ada pula penganiayaan manusia ke atas menusia yang dibalas Allah nanti di mahkamah paling adil iaitu mahkamah Allah yang tiada pendakwaraya dan peguanbela. Yang ada ialah senarai bukti yang diberi kuasa untuk bercakap oleh Allah. Anggota yang boleh bercakap dipateri Allah. Firman Allah dalam surah Yasin ayat 65
Pada
hari itu Kami (Allah) kunci mulut mereka dan yang bercakap dengan
Kami (Allah) ialah tangan mereka dan yang menjadi saksi ialah kaki
mereka terhadap apa sahaja yang mereka usahakan. (36:65)
No comments:
Post a Comment