Bumi
Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para
nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah,
yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang
besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya
iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi
Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam,
selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah
Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul
dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya’ dan
banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana
dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka
dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat
pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat
berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika
dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin
ialah mereka yang beriman dan budiman.
Agama
Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin
dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat
mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah
membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah
memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.
Kejayaan
tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan
Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan
meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang
sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian
yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah
Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani
mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi
mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era
kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin.
Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi
daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan
membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya
dengan adil.
Di
zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya
keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat
yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada
kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan
kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam
pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka
Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore
dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar
British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan
Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel.
Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran
bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh
menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi
daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan
semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung
Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk
dunia.
Negara
bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah
mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia
selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang
melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia
pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan
undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas
daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada
mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi
menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah
bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin
negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.
Dalam
pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa
besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk
menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber
tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat
terhadap dunia Islam.
Perkara
ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang
menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang
diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak
tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi
melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan
antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan
kuasa veto paling zalim.
Bagi
umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya
dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain
kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan
masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara
haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua
negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk
Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi
penduduknya yang berhak.
Walau
pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan
dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.
Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama
Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara
Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali
kubur untuk kaum yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa
besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang
soleh.
Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:
وَضُرِبَتْ
عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ
النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا
يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.
61.
Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka
mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu
mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak
dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka
dan melampaui batas.
Firman Allah:
إنَّ
الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ
بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ
النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ
حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ
نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .
21.
Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan
membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang
yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa
mereka akan menerima siksa yang pedih.
22.
Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di
dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.
Bagi
penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan,
memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan
bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis
Yahudi tersebut.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
No comments:
Post a Comment