“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3
“Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya
jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7
“Tetapi mereka telah mendustakan (
tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa
yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132
“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku,
minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan
menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan
kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52
“dan nikahkanlah orang-orang
bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan
hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya
Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat
mengetahui.” Surah An-Nur : ayat 32
“Katakanlah: “Sesungguhnya
Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara
hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang
apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah
Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39
“Syaitan menjanjikan
(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat
kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya
dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268
“(Berinfaklah)
kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah,
mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu
menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta.
Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta
kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu
nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al -Baqarah : ayat 273
“dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak.” Surah Al Muddatsir : ayat 6
“Barangsiapa berhijrah di jalan
Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas
dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168
.
.
Panduan dari AlHadith
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
“Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih)
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan
rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
“Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku
cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
“Seandainya kamu bertawakal
kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki
seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
“Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat
hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku
akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa
kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza
wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang
membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan
baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan
baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
“Tidak bertambah umur seseorang
kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah
(iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya
seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa
dilakukannya” ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
“Nikahilah perempuan kerana mereka akan membawa harta kepada kamu.” (riwayat Bazzar, Daruqutni dan Hakim, hadis hasan)
“Adakah kamu suka hatimu menjadi
lembut, dan kamu memperolehi hajat keperluanmu? Kasihanilah anak yatim,
usaplah kepalanya, dan berikanlah dia daripada makananmu, nescaya
lembutlah hatimu dan kamu akan memperolehi hajatmu.” (Riwayat Tabrani)
“Wahai manusia, bertaubatlah kepada
Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan-amalan salih
sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu
dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah
dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki,
ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.
“Barang siapa memperbanyak
istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)
“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)
“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.
“Ikutlah antara haji dan umrah kerana di dalam mengikuti antara keduanya menambah panjang umur dan menambah rezeki” (Ahmad, Ibnu Majah, Daruqutni, Tabrani)
“Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment