Wednesday, February 22, 2012

MB minta badan agama siasat dakwaan Hasan Ali

Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta badan agama negeri menyiasat dakwaan berlakunya amalan memurtadkan umat Islam, seperti yang didakwa bekas exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali.

NONE
Katanya, ini kerana dakwaan Hasan itu dapat mewujudkan suasana tidak stabil dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Apa yang jelas, ia mewujudkan rasa tidak selesa dalam suasana masyarakat majmuk di negeri ini," katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.


Khalid berkata perkara yang dimajukan termasuklah dakwaan penggunaan injil berkuasa solar untuk memurtadkan umat Islam, dakwaan terdapat mubaligh Kristian berjubah di tempat ibadat Islam dan pembaptisan umat Islam.

"Nasib baik menteri besar Selangor tak pakai jubah, kalau tidak susah," katanya berseloroh.

Khalid berkata, permintaan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dibuat kerana dakwaan Hasan bersangkutan dengan peranan badan itu.

Tiada garis masa ditetapkan untuk siasatan itu diselesaikan kerana ia berkaitan dengan usaha dakwah.


Dalam masa sama, Khalid juga berharap pihak NGO yang membuat pendedahan itu
menghormati keterbukaan kerajaan negeri memberikan tempat mengadakan program dengan membuat dakwaan berasaskan bukti.

"(Sepatutnya) Panggil orang bercakap, saya ada injil bertenaga solar. Itu mesti dibuat.," katanya.

No comments:

Post a Comment