Salaamun
alaikum w.b.t……. Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri
solehah atau suami soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam
menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan
hidup kita dunia dan akhirat. Biar pun kita pernah bercerai setelah
berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya.
Perkahwinan adalah suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ianya
adalah satu perkara yang mulia , banyak hikmahnya dan sudah bermula dari
dalam syurga dulu lagi. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran
dan AlHadith untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di
dunia dan di akhirat insyaAllah.
“Dan kahwinkanlah orang-orang
yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin)
dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha
Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak
mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan
mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.
“Allah menjadikan bagi kamu
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari
isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki
dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil
dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72
“Maha Suci Tuhan Yang telah
menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang
ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka
tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36
“Ada tiga golongan manusia yang
berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang
hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah
kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2:
251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari
shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).
.
Panduan dari AlQuran
“Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari
jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum
yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : 21
“Dan Allah membuat isteri Fir’aun
sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika isteri
Fir’aun berkata: “Wahai Rabbku, bangunkanlah untukku di sisi-Mu sebuah
rumah dalam syurga. Dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya,
dan selamatkanlah aku dari kaum yang dzalim.” (Perumpamaan yang lain
bagi orang-orang beriman adalah) Maryam puteri Imran yang memelihara
kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari ruh
(ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimah-kalimah Rabbnya dan
kitab-kitab-Nya, dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.” Surah At-Tahrim: 11-12
Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah berkata
dalam kitab tafsirnya: “Allah yang Maha Tinggi berfirman bahawasanya Dia
membuat perbandingan bagi orang-orang yang membenarkan Allah dan
mentauhidkanNya, dengan isteri Fir’aun yang beriman kepada Allah,
mentauhidkanNya, dan membenarkan Rasulullah Musa ‘alaihissalam.
Sementara wanita ini di bawah penguasaan suami yang kafir, satu dari
sekian musuh Allah. Namun kekafiran suaminya itu tidak memudharatkannya,
kerana ia tetap beriman kepada Allah. Sementara, termasuk ketetapan
Allah kepada makhlukNya adalah seseorang tidaklah dibebani dosa orang
lain (tapi masing-masing membawa dosanya sendiri, dan setiap jiwa
mendapatkan apa yang ia usahakan.” (Jami’ul Bayan fi Ta`wilil Qur`an/
Tafsir Ath-Thabari, 12/162)
Seorang isteri yang shalihah, ia akan
bersabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya dan sabar dengan
kesulitan hidup bersama suaminya. Tidaklah ia mudah berkeluh kesah di
hadapan suaminya atau mengeluhkan suaminya kepada orang lain, apalagi
mengumpat suami, menceritakan aib/ cacat dan kekurangan sang suami.
Bagaimana pun kekurangan suaminya dan kesempitan hidup bersamanya, ia
tetap bersyukur di sela-sela kekurangan dan kesempitan tersebut, kerana
Allah Subhanahu wa Ta’ala memilih lelaki muslim yang beriman kepada
Allah dan hari akhir sebagai pendamping hidupnya. Dan tidak memberinya
suami seperti suami Asiyah bintu Muzahim yang sangat kafir kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala dan berbuat aniaya terhadap isteri kerana ia beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya.
“Hai orang-orang yang beriman,
jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat
yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang
diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.
Surah At-Tahrim : 6
“Wanita yang shalihah ialah yang
ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada,
sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. Surah An-Nisaa : ayat 34.
“Dan janganlah kamu menikahi
wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak
yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik
hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan
wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang
mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu.
Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan
dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
(perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil
pelajaran.” Surah Al Baqarah : Ayat 221
“Diharamkan atas kamu
(mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu
yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara
ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang
laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan;
ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu
isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari
isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan
isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu
mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu
(menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang
bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah An Nisaa’ : Ayat 23
“Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa”. Surah Al Furqaan : Ayat 74
.
.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al Israa’ : Ayat 32
.
Panduan dari AlHadith
Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa
menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Nikahilah
perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai banyak anak (subur),
kerana aku bangga dengan sebab banyaknya kalian di hadapan para nabi
nanti pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
“Wanita dikahwini kerana empat
hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan
kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau
tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).
“Daripada Abu Hurairah RA
berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak
berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah
melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis, ‘Jika kamu meminang wanita, maka jika boleh melihat pada wanita tersebut untuk dinikahi, maka laksanakanlah.” (Riwayat Jabir)
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai
generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga
hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan
memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab
ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.
Dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah
seseorang di antara kamu melamar seseorang yang sedang dilamar
saudaranya, hingga pelamar pertama meninggalkan atau mengizinkannya.” Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Bukhari.
“Barangsiapa memberi kerana
Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana
Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud)
Dari Zakwan ia berkata: Aku mendengar
Aisyah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw. tentang seorang
gadis perawan yang dinikahkan oleh keluarganya, apakah ia harus dimintai
persetujuan ataukah tidak? Beliau menjawab: Ya, harus dimintai
persetujuan! Lalu Aisyah berkata: Aku katakan kepada beliau, perempuan
itu merasa malu. Rasulullah saw. bersabda: Itulah tanda setujunya bila
ia diam. (Shahih Muslim No.2544)
“Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah.” (HR. Muslim)
.
.
Kesimpulan
Banyak lagi panduan lain dari AlQuran dan
AlHadith tentang perihal mencari pasangan hidup. Di sini hanya
disertakan beberapa sahaja yang sempat saya cari. Jika anda ada
tambahan-tambahan lagi, sila berkongsi di ruangan komen deh
Tiada tempat lagi untuk kita bergantung
dan berharap agar diberi kebaikan selain dari bergantung dan berharap
kepada Allah S.w.t. Semoga Dia memberi segala kebaikan dan yang terbaik
buat kita semua termasuklah pasangan yang dapat membahagiakan hidup
kita di dunia dan di akhirat, amiin.
Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata yang
maksudnya, “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih
suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujang.”
[Ihya' Ulumuddin dan Tuhfatul 'Arus hal 20]
“Barang siapa memperbanyak
istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
“…(iaitu) orang-orang beriman dan
hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya
dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” Surah Ar-Ra’d : ayat 28
No comments:
Post a Comment