Monday, December 27, 2010
Setelah gagal strategi Fitnah AMNO-BN Kini cuba sabotaj KEADILAN Dari Dalam Parti Pula
SIMPANG RENGGAM 12 Nov – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.
Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.
“Kalau saya umum hari ini,’dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN’ Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji,” Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.
Dalam nada yang lebih serius Anwar yang juga Ketua Oposisi menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.
“Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.
“Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.
“Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.
“Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar,” tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.
Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.
“Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond,” beliau ketawa.
Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.
“Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam,” jelas Anwar.
Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.
“Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan,” sindir Anwar.
Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.
“Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini,” kata beliau lagi.
Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.
Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.
Wednesday, December 22, 2010
100 Hari: PAS bidas Najib
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti. Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara. "Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan. "Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan. "Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang. Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN. Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu. "Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan. "Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat. "Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan. "Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya. |
Tuesday, December 21, 2010
SU Guan Eng perjelas isu 'pertikai' kerakyatan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah mempersoal dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucap utamanya dalam konvensyen kedua Pakatan Rakyat kelmarin, kata setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan.
Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim.
Dalam kenyataan hari ini, Cheong malah memetik kembali ucapan Lim dalam konvenyen di Pulau Pinang itu yang antaranya menyifatkan rakyat Malaysia yang sebenar adalah mereka yang mahukan masyarakat yang aman, tenteram, penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama, yang tamak haloba, di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah.
"Kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini (rakyat) Malaysia celup atau pseudo-Malaysians," demikian menurut Lim.
Cheong malah melampirkan ucapan penuh lebih tiga muka surat bagi membuktikan dakwaannya itu.
Dalam artikel berjudul "Guan Eng semakin bersikap perkauman", Dr Novandri Hasan menimbulkan persoalan, apakah pembaca lebih 200,000 naskhah sehari Utusan boleh diperlekehkan sebagai bukan rakyat Malaysia tulen seperti tuduhan Lim?
Dr Novandri menulis, Lim membesarkan skop kebenciannya bukan sahaja melibatkan parti BN dan Umno, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Dan sudah tentu kita tidak dapat lari daripada memikirkan bahawa Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayulah yang membaca Utusan Malaysia!" tulisan di ruangan pendapat itu dipetik

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun
Dilulus terbit pada Tuesday, December 02 @ 20:16:24 PST oleh TokPenghulu
Oleh mankip
"Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.
Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.
Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.
Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.
Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.
Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.
Mengapakah pramugari MAS misti bertudung?
Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam. Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat. Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya. Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama?
Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.
Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam. Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia. Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Paramaguri MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Pak Lah dan Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul!
Sumber:
www.terjah.com

Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)